Bila Pertama Kali Warded Hospital Swasta

1:01 PM

Bila Pertama Kali Warded Hospital Swasta


Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan bila saya up status macam kat bawah walaupon ramai berteka-teki siapa yang sakit.


Sebenarnya sheben saya kena tahan wad hari Isnin lepas akibat pening kepala yang melampau di tambah dengan demam. Dari minggu lepas lagi sheben dok mengadu sakit kepala. Kami dah ke 2 buah klinik panel tapi keadaan masih sama.

Pernah juga ke emergency Hospital Kulim waktu malam bila sakit kepala yang melampau menyerang kat rumah mertua. Isnin macam biasa saya pi kerja tup tup sheben wasap cakap ada kat KPJ Bukit Mertajam. Okla....tak kisah sebab kita tak tau rasa sakit kepala dia tu macam mana so better dia check lagi detail kat situ.

Lunch time sheben wasap lagi kata kena tahan kat wad.

Hoh????

Sakit kepala sampai kena tahan kat wad?

Dah la siap bawa Aqil sekali masa tu. Cemana ni cemana ni? Terus kita bergegas balik.
 

Bila sampai elok ja tengok budak nan seketul ni seronok dok layan kartun kat tv. Tak kacau abah dia pon. Nasib la doktor dan nurse pon ok. Tak kisah sheben usung anak sekali.
 

Sebenarnya ni pertama kali sheben warded dan pertama kali juga keluarga kecil kami gunakan khidmat hospital swasta. Saya pon sepanjang hidup puluhan tahun ni baru 3 kali masuk wad. Itupon hospital kerajaan pasal mengandung, bersalin dan anak jaundice. Setakat demam sikit-sikit kami cuba guna cara tradisional tanpa ubat. Kalau tak kebah baru ke klinik panel yang terdekat.

Ada sedara tanya, banyak duit masuk KPJ?

Haih...jawapan yang amat mudah. Kalau ikut kemampuan tu memang tak mampu la nak masuk KPJ tu. Mahal siot. Sekali masuk dah kena berapa dah. Tu belum ubat segala bagai tapi zaman sekarang kebanyakkan orang dah tahu kepentingan berinsurans termasuk juga kami. Itu pon demi kepentingan keluarga kalau sakit pening yang tak terjangka. Dah 4 tahun bayar, ini kali pertama guna untuk hospital. Untuk panel klinik pon jarang-jarang guna. Berbaloi la dengan apa yang kita bayar tiap bulan tu.

Semalam wasap abang dokte saya kat Johor nun tanya tulisan cacing kat bawah ni....hahahaha... Heran....camnala boleh baca tulisan camtu.
 

Diagnosis-viral fever
Condition on discharge-improved
Ada sama ka tulisan tu macam yang di sebut? Tak jumpa pon....hahahahaha. Dan sakit kepala yang menyerang tu akibat sinus yang banyak dibahagian muka dan hidung. Berbotol-botol gaklah kena drip air dan antibiotic bagai. Masa discharge tu dapat la ubat belambak macam ni. Ha ambik....makanlah kau wahai sheben. Orang suruh pantang makan taknak.



Bil check-in 3 hari 2 malam di KPJ boleh beli gelang emas berat 18 gram....huihhhh....agak besar kalau dapat gelang emas berat camtu...ahak.... Haippp...jangan tanya saya kenapa samakan bil KPJ dengan emas. Emas mahal lani hoiiiii....gitulah mahalnya bil hari tu.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. moga cepat sembuh husband awak..saya pun dah 3 kali guna perkhimatan kpj hspital kat perda juga sebab anak masuk wad..demam panas...tu pun dengan adanya insurans..kaau tak dak insurans tak mampu la den..huhuhu

    ReplyDelete
  2. mak aih terkejut tengok ubat..banyaknyer..hehehe. Pe2 pon semoga sheben zai cpt sembuh..Aamiin!

    ReplyDelete
  3. banyaknya ubat kak zai..huhuhu..tak pe la, semoga husband kak sembuh yer..;p

    ReplyDelete
  4. Kpj mmg mhal...sbb tu da xp kpj..sanggup lari masuk gleneagles lg kalau ank sakit..
    Takut nipis insurans nnt

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^