Raya 2016 | Alkisah Baju Raya

2:47 PM

Raya 2016 | Alkisah Baju Raya



Assalamualaikum....phewwww...dah dekat 2 minggu beraya baru nak hapdet blog. Bersawang habis. Gara-gara cuti raya awai sampai blog pon berabuk.

Sebelum nak cerita bab raya saya dan family yang tak seberapa ni meh nak cerita kisah baju raya. Awal-awal tahun ritu dah tanya suami nak pakai baju raya warna apa. Ala senang cerita nak ada tema warna la kan. Suami cakap pakai hijau. Suami malas nak beli baju raya baru. Bukan nak pakai pon baju melayu sepasang masa sembahyang Jumaat. Asik-asik sarung baju melayu masa zaman bujang dan kain pelikat ja. Baju raya tahun sebelum-sebelum ni elok tersangkut dalam almari.

Ok...fine...HIJAU. Kebetulan plak kawan hadiahkan kain batik Sarawak warna hijau corak pink jadi saya ingat nak tempah dan jadikan baju tu sebagai baju raya hari raya pertama. Tapi saya ada order baju online batik abstrak lukis tangan. Saya minta warna MUSTARD. Ha kau...tetiba kaler pelik-pelik plak yang saya ambik. Yela...warna biru, hijau, merah macam dah biasa dan banyak koleksi. Sekali sekala nak warna lain dari yang lain.


Tup-tup tengah bulan puasa suami nak beli baju melayu baru. Eh...eh...eh...hari tu cakap taknak beli...ni nak beli plak. Dah kata nak beli baju saya suruh beli warna mustard sekali kena dengan suami ''iskh...awat ambik warna pelik-pelik ni?".

Hahaha...suami pon tak dapat menerima kenyataan isteri dia ni beli baju warna ni.

Misi mencari baju Melayu pak dan anak pon bermula. Ada jumpa warna mustard lembut tapi suami tak berkenan. Dah jumpa baju pak...baju anak plak takda size. Anak pakai baju Melayu size 4 tahun kot...huhuhu...Jenuh cari. Dari Mydin ke Tesco ke Uptown Perda ke Karnival Mahabbah dan ke Midtown Perda. Berhari-hari ke sana sini semata-mata cari baju Melayu 2 beranak ni ja.

Bila dah jumpa baju untuk pak dan anak terus suami sound "tahun depan jangan dok ambik warna yang pelik-pelik sangat. Susah betoi nak cari".

Eleh...sebenarnya salah dia taknak ngaku. Cakap taknak beli tapi beli jugak.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. hahhaha..kami pon takde dondon2 tahun ni... per2 pon selamat hari raya Zai..bila nak buat open houseee???

    ReplyDelete
  2. hihik.. cantik kaler mustard sbnrnye..
    tp tu la.. bile nk sedondong pk ssh nk cari kaler sama.. haha

    ReplyDelete
  3. Kitorang lama dah tak pakai sedondon sebab ada je yang pilihan hati tak sama. Next year ayah cakap nak pakai sedondon balik, harap jadilah amin! Hehe selamat hari raya Kak Zai sekeluarga :D

    ReplyDelete
  4. cantik apa warna mustard..
    biasa dah org pakai, mana ada pelik..

    akak tak pernah sedondon, zai
    warna ikut suka pilihan hati masing2
    sedap dipandang itu lah yg dipilih
    habis cerita

    ReplyDelete
  5. tahun ni mcm seronok raya sbb kami sekeluarga dapatlah pakau baju raya dondon2..sbb sllunya en. shumi ni x kisah sgt baju raya dia...sblm raya iols dah paksa dia pilih baju raya..mujur yg dia nak tu ada..fuhhh lega

    ReplyDelete
  6. ekin tahun ni baru rasa ada sedondon la tu pun kemain pujuk suami nak beli jubah... last hari last puasa tu pergi cari jubah merata2 nak cari seakan baju ekin ni...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers