Goo.n Diaper di Lazada Big Baby Fair

12:01 PM


Goo.n Diaper di Lazada Big Baby Fair


Sebenarnya tiap kali membeli lampin pakai buang Aqil di supermarket saya mesti belek-belek diaper jenama Goo.n ni. Goo.n diaper merupakan lampin pakai buang yang mempunyai kualiti dari Jepun jadi tak hairanlah harganya setanding kualiti.  Excited mama ni tau bila dapat juga cubakan Aqil dengan Goo.n diaper. Nak tau juga la Aqil sesuai atau tak dengan Goo.n diaper ni.

Goo.n diaper untuk bayi lelaki dan perempuan



Bila Aqil semakin membesar ni dia dah jarang-jarang pakai lampin pakai buang. Aqil cuma pakai waktu nak jalan-jalan dan waktu tidur sahaja. Waktu-waktu lain dah free diapers dah tapi kadang-kadang tu ada juga la ketirisannya.

Goo.n Diaper Pant ini sangat lembut dengan inovasi material berpori (permukaan bersirkulasi udara) yang lembut seperti kapas, menjaga kulit bayi agar tetap kering dan nyaman meskipun banyak bergerak dan yang paling penting sekali takde ruam lampin pon walau Aqil pakai Goo.n Diaper Pant ni terlalu lama.

Ia juga mempunyai sistem pengunci cairan air kencing sehingga 5 gelas yang efektif menyerap cairan dan mencegah cairan mengalir kembali ke permukaan menjadikan ia tetap kering dan nyaman untuk dipakai sepanjang hari.



Dengan bentuk badan yang besar walau umur baru nak menginjak usia 3 tahun amat susah nak mencari diapers yang bersesuaian dengan size dia....oppps...size peha dia.



Jangan tak tahu sekarang Aqil pakai diapers size XXL tau. Ada satu jenama ni je yang muat-muat dengan bentuk peha Aqil yang macam peha ayam turkey tu. Diapers jenis lain yang bersize XXL yang pernah Aqil cuba semuanya ketat dibahagian peha dan tidak selesa.



Bahagian pinggang dan celahan peha Goo.n Diaper Pant yang fleksibel dan lembut dengan design yang mengikut bentuk badan Aqil membuatkan dia selesa dan ia juga mudah dipakai.


 Eh...tak sangka Goo.n ada size XXL. Agak payah nak jumpa size besar camni untuk jenama-jenama lain. Kalau ada pon diapers tu kecik macam tak padan dengan sizenya. Bukan takat XXL tapi Goo.n diaper mempunyai size sehingga XXXL okey. Ha...lega rasa hati ni.

size Goo.n diaper pant


Yang paling best Goo.n Diaper Pant ini ialah ia sangat mudah untuk dibuang. Cuma gulungkan diaper yang telah digunakan dan lekat menggunakan pita yang telah disediakan di bahagian belakang diaper macam kat bawah ni.

pita pelekat di bahagian belakang



Jadi tak perlu risau poo poo anak anda berterabur ke air kencing menceceh ke apa dah.




Goo.n Diaper Pant ni mempunyai corak yang menarik. Coraknya memang super cute di dalam satu pek.

corak di dalam 1 pek






Goo.n Diaper di Lazada Online Baby Fair

Bermula 27 Julai hingga 31 Julai 2016 ini Lazada mengadakan Big Baby Fair diskaun sehingga 80% untuk barangan bayi.



Korang boleh la shopping online diaper Goo.n  kat Lazada. Jangan risau, harga dah tentu-tentu murah berbanding biasa. Harga murah dapat...kualiti barangan dari Jepun pon dapat. Apa mau lagi kan?



http://www.lazada.com.my/goon-premium-pants-jumbo-xxl-size-20-pcs-x-6-packs-goon-drydiaper-amp-slim-diapers-7489460.html


6 pek Goo.n Premium Pants ni baru RM139.00. Murah dari biasa kot siap ada free gift lagi.

Jadi apa tunggu lagi. Jom terjah BIG BABY FAIR di LAZADA.













You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers