First Giveaway by Anis Khalilah

3:06 PM

First Giveaway by Anis Khalilah


Anis Khalilah ada buat giveway. Hadiah-hadiahnya pon sempoi-sempoi. Klau nak join boleh klik banner okey....

http://akhalilah.blogspot.sg/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

SYARAT SYARATNYA ADALAH : 

i. Follow blog ini - antara aku dan kau *-DONE

ii. Follow instagram - anis_khalilah *-DONE

iii. Buat entry yang bertajuk - First Giveaway by Anis Khalilah. Di dalam entry tersebut letakkan banner giveaway di atas dan BACKLINK ke entry ini semula. *-DONE

iv. Ceritakan serba sedikit tentang ibu anda atau kenangan manis bersama ibu anda atau apa apa yang berkaitan dengan ibu. Ikut kreatifan anda sendiri. *-ADA KAT BAWAH

v. Publish entry anda dan tinggalkan url entry tersebut di ruang komen entry ini sahaja.-DONE

Karangan budak darjah 6 bertajuk Ibu saya :)


Ini ibu saya. Saya panggil ibu saya dengan panggilan mak. Saya bukan anak mak. Sedari kecil saya anak ayah. Abang-abang dan adik lelaki saya anak mak. Kekadang saya jeles sangat dengan mereka sebab mak selalu ikut saja kemahuan mereka.

Selepas arwah ayah meninggal apa saja yang saya nak semua saya usahakan sendiri.
Beli sendiri.
Cari sendiri.
Dapatkan sendiri.
Tak macam mereka....mak yang fikir dan sediakan. Ahhh...emak tak adil :(

Tapi tahun 2011 persepsi saya terhadap mak berubah. Rupanya mak sayangkan saya. Mak ajak saya sama-sama mengerjakan haji. Mulanya saya membantah dengan pujukkan mak sebab masih tidak bersedia tapi mak tetap memujuk. Dalam hati berkata-kata "kenapa tak ajak abang...merekakan anak mak". Jahatnya waktu tu.

Mungkin dengan pujukan dan doa yang mak titipkan setiap hari akhirnya saya mengalah dan bersetuju sama-sama menunaikan ibadah haji pada tahun 2011. Alhamdulillah...dengan menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya saya sentiasa beristiqomah dalam amalam harian, percakapan dan cara berpakaian. Terima kasih mak. Maaf saya mak sebab tersalah tafsir tentang mak.

Sekarang saya dah jadi bestfriend mak :) Terima kasih Allah kerana menghadirkan seorang ibu sebaik mak.
^.-


Pssst...bila buat karangan bahasa baku ni rasa mengeletis plak nak baca....hahaha...



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Assalammualaikum. Terima kasih sudi join giveaway anis. Alhamdulillah.. dapat mengerjakan haji bersama mak. Bertuah sangat. Btw good luck ^^

    ReplyDelete
  2. Your mom is so lucky for having a daughter like you sis =D

    ReplyDelete
  3. good luck :D
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete
  4. Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers