Beauty | Cantik Gebu dengan Khaty's Homemade Soap dan Coffee Scrub with Essential Oils

11:54 AM

Cantik Gebu dengan Khaty's Homemade Soap dan Coffee Scrub with Essential Oils



Bila umur dah meningkat dan dah beranak pinak ni jarang sangat nak dapat masa manjakan diri ke SPA macam zaman bujang dulu. Betul tak kita orang perempuan bila dah kawen ada anak masa banyak untuk rumahtangga dan anak sahaja. Untuk diri sendiri selalunya kita buat paling akhir sekali. Betul tak?Betul tak?

Ha...lani kami nak habaq ni ampa tak payah susah payah nak pi SPA bagai kalau takda masa dan tak boleh nak tinggal anak untuk orang jaga. Lani kita boleh manjakan diri macam kat SPA di rumah ja. Kita buat hat simple-simple ja.

Tak payah berbelanja besar kita dah boleh cantik gebu mulus dan wangi hanya di rumah sahaja. Macam mana?

Nindia...sabun dari Khaty's Homemade Soap dan juga coffee scrub with essential oils. Kedua-duanya homemade. Ampa boleh pilih sabun apa yang ampa mau bersesuaian dengan masalah kulit wajah/badan sendiri.

Ada bermacam-macam jenis antaranya :-
  • Milky vanilla oatmeal- sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan sun burn
  • Lemongrass soap / Argan oil + habbatussauda / Argan oil + frankunsence soap- sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif dan eczema
  • Rose oatmeal- sesuai untuk yang berkulit sensitif, kulit kering dan mereka yang mengidap eczema
  • Cinnamon honey soap- sesuai untuk kulit jerawat(jerawat pasir)
  • Lavender + eucalyptus oil + olive oil + argan oil- sesuai untuk yang susah tidur dan cepat stress juga mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif
  • Aloevera osmanthus soap- sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif. Boleh digunakan untuk badan dan muka
Banyak lagi tau. Boleh tengok di IG Khaty's Homemade Soap. Jangan terliur nak makan plak sebab rupa dia cantik sangat...hihihi....





Yang 2 kat atas ni apa yang saya guna dalam sebulan. Sabun herbal Habbatussauda tu memang guna hari-hari untuk cuci muka dan kadang-kadang untuk badan. Nak jimat potong la kecil-kecil.

Sabun Herbal Habbatussauda ni best. Boleh digunakan seluruh badan termasuk muka. Ha....tak jimat ke cenggitu. Beli satu boleh pakai semua sekali. Takyah nak beli sabun untuk mandi.

Antara khasiat sabun Herbal Habbatussauda adalah :-
  • dapat mengatasi gatal-gatal dan diformulasikan khusus untuk perawatan kulit muka dan seluruh badan
  • dapat menghilangkan jeragat serta kedut wajah
  • melindungi daripada bakteria
  • menghaluskan kulit
  • perlindungan terhadap kuman penyebab penyakit kulit seperti gatal-gatal(kulit sensitif) dan sebagai anti bakteria
Ha...best tak kalau boleh dapat semua yang atas tu dalam satu. Rasa la perbezaan kulit muka ni. Kalau tak bergerutu la jugak...hahaha...

Rupa coffee scrub with essential oils sebelum ditambah air untuk scrub badan


Ya ampun....coffee scrub with essential oils ni bau kopi dia sedap gila.


Buka ja penutup balang terus bau semerbak sampai keluar bilik air. Rasa nak cedok makan terus pon ada. Geram sangat. Terus rasa sayang nak pakai...kah..kah..kah...boleh tera tu?

Cedok masuk bekas lain dan tambah sikit air bagi pekat melekat pastu lulurlah seluruh badan. Memang rasa takmau kuar bilik air masa melulur tu...hahahaha....Wangi kopi tu best sangat.



selepas lulur sebelum di bilas




Coffee scrub with essential oils ni untuk scrub badan. Sambil sental badan sambil cium bau kopi yang semerbak. Rasa nak gigit tangan sendiri pon ada. Lepas ja bilas rasa halus ja kulit. Bau wangi je. Sesuai sangat kalau nak pikat suami malam jemaat...opppps #katupmulutdengantangan



Eh...kita dah cuba la. Memang best pon. Tak caya tanya laki kita #ehlagisekali



Manfaat kopi untuk kecantikkan :-
  • mencegah dan mengurangi kedutan di kulit
  • menghaluskan kulit
  • melembabkan kulit
  • membantu menghilangkan sel kulit mati
  • menghilangkan bau badan
  • menghilangkan selulit
  • meneutralkan kulit yang teriritasi
  • memberi nutrisi pada kulit
Kalau ampa berminat nak cuba boleh cuba coffee scrub with essential oils ni dengan sabun homemade perisa kesukaan ampa. Ampa boleh tengok sabun apa ampa mau kat :-

Tel :- 013-3363775 -Alia

yang penting homemade...organic...bebas paraben dan sulphate okey!!!!

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. dulu pernah guna scrub coffee ni..sape2 yg masuk bilik air slps kita mandi mesti ada yg menjerit.."sape minum coffee dlm bilik air ni weiii"hahhaha wangi

    ReplyDelete
  2. bestnye manjakan diri sndiri..

    ReplyDelete
  3. Cambest je produk nie.. boleh try nie..

    ReplyDelete
  4. gebu gebas la kak zai kita lepas ni hihihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers