Chefmanship
Akademi di Pulau Pinang
Demonstrasi
masakan
Pada hari tersebut
juga diadakan demo masakan menggunakan produk dari Unilever Food
Solutions.Pembantu chef Unilever, Chef Yang Ibrahim telah menunjukkan cara
memasak ayam masak kicap dengan menggunakan rangkaian produk UFS seperti Stok
Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap.
Di samping
melakukan demonstrasi masakan beliau juga turut bekerjasama dengan bahagian
pemasaran bagi sebarang pelancaran produk baru atau aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan untuk orang umum.
Sha salah seorang
ahli #bloggerutaraofficial telah di jemput untuk bersama-sama Chef Yang Ibrahim
untuk mengadakan demonstrasi masakan.
Hasil masakan
gandingan bersama yang sedap dah lazat.
Sampel makanan
Pada hari tersebut
pihak UFS juga turut menyediakan sampel makanan bagi pengunjung-pengunjung yang
datang ke booth dan berpeluang untuk merasai masakan yang menggunakan produk
UFS.
Menariknya produk
dari UFS ini ialah lebih penjimatan dan lebih lazat kerana diperbuat daripada
bahan-bahan sebenar yang menaikkan keenakkan serta keaslian sajian tanpa
bebanan kos di samping dapat menjimatkan masa kerana hidangan lazat ini dapat
disediakan dalam beberapa minit sahaja.Ia juga lebih bersih dan kurang
berisiko.Kualiti dan kebersihan yang konsisten dapat membantu lebih ke arah
penjimatan kos bahan mentah ke pengurusan dapur yang lebih cekap.
Rangkaian Produk
Unilever Food Solutions
Antara rangkaian
produk Unilever Food Solutions pastinya Pasti Sedap tapi ada banyak lagi produk
di bawah UFS antaranya :-
Stok Ayam Knorr
Diformulasi khas
untuk Chef oleh Chef. Perasa serba guna dibuat dengan ayam sebenar untuk
meningkatkan rasa di dalam pelbagai aplikasi masakan.Boleh digunakan untuk membuat sup dan juga di dalam masakan berkuah.
Kentang Lecek
Knorr(Mashed Potato)
Kentang Putar
Knorr diperbuat daripada kentang dari Jerman, untuk sajian kentang putar yang
enak dalam masa hanya 5 minit. Tanpa tambahan susu atau perisa, ia boleh
disesuaikan dengan sempurna mengikut citarasa individu.
Serbuk Limau Nipis
Knorr
Diformulasi khas
untuk Chef oleh Chef. Perasa serbaguna yang menyegarkan, sesuai untuk pelbagai
aplikasi makanan seperti tom yam, kerabu atau minuman.
Kami dari
#bloggerutaraofficial ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr.Thong, Mr.
Raymond dan Ms Angeline dari Integrated Public Relations kerana menjemput kami
ke program Chefmanship Akademi ini.
Toolkit Rexona dari WOOP
Balik umah tok Besah dapat sekotak hadiah.
Muskil jugak.Tak beli barang online kecuali tebus lampin pakai buang ja.Dan-dan teruja nak buka.
Rupa-rupanya dapat toolkit Rexona dari WOOP.Rasanya jawab survey pon tak habes lagi tapi dah dapat barang dah.Memang terbaik la WOOP ni.
Teruja tak tengok saya jawab ja survey dapat barang camni.
Nak join?
Klik WOOP kalau nak join dan tebus ganjaran macam saya ^.^
Hari tu saya ke rumah kak ipar dan di jamu dengan hidangan tengahari.Pestime saya makan ayam ungkep.Sepanjang hidup tok Besah tak penah masak ayam ungkep selain ayam masak merah/ros , rendang ayam , ayam masak kicap , ayam masak kurma , kari ayam dan ayam goreng kunyit.
Bila sekali makan.....hmmmmm....makan bertambah-tambah pastu teringat-ingat sampai ke sudah.
Saya plak jenis suka makan nasi dengan kuah berpalut salut macam ni walaupon saya orang Penang tapi kari ayam tu kira last choice la.Pastu bermula la gugel mengugel resepi dan dapat resepi ayam ungkep dari blog Amie's Little Kitchen.
'Ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan perasa hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra.Baru la saya tau rupanya ayam ungkep ni masakan orang Jawa...hihihi....
Resepi ayam ungkep olahan Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan :
- 1 kg ayam-potong 10-lumur dengan sedikit garam dan kunyit-perap seketika (saya potong ayam kecil-kecil)
- 2 batang serai-dititik
- 3 cawan air
- minyak
- sedikit asam jawa-pilihan (saya letak asam keping seketika lepas tu buang takut masam)
- garam/gula/perasa
Bahan tumbuk/kisar :
- 5 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- 2 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 3 cm kunyi hidup
- 3 cm halia
- 15 biji cili padi
Cara memasak :
- Panaskan sedikit minyak.Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak
- Masukkan serai dan ayam.Gaul rata sehingga ayam layu dan berubah warna
- Tambah air , garam / gula / perasa dan asam keping
- Tutup kuali rapat-rapat
- Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tidak hangus/hancur
- Jika suka berkuah tak perlu masak sampai kering.Tutup api
Rasanya memang sedap.Rasa seperiuk nasi semalam tu boleh makan sorang (tahap hantu raya...muahahaha....) tapi saya memang suka ayam ungkep ni.
Cubalah ^.^
Tempat makan best di Penang | #bloggerutaraofficial menggegarkan ROCKSTARZ BURGER
#bloggerutara 12:19 PMTempat makan best di Penang | #bloggerutaraofficial menggegarkan ROCKSTARZ BURGER
Amacam?
Terliur tak?
Meh nak memperkenalkan satu lagi tempat makan best kat Penang ni.Tak rugi kalau singgah.
Tapi saya tak dapat nak gambarkan betapa sedapnya burger Rockstarz tu sebab tak dapat join di hari kejadian.Ada perkara yang tak dapat di elakkan tapi takpa.
Korang boleh baca entri dari rakan-rakan #bloggerutaraofficial yang pi merasai kesedapan buger Rockstarz yang pelbagai nama dan rasa yang sungguh ROCKKKKKKK....
Korang boleh klik kat entri kat bawah ni.
- http://www.cikpinz.com/2015/11/rocks-di-rockstarz-burger-penang.html
- http://izzeyda.blogspot.com/2015/11/review-rockstarz-burger-sungai-ara.html
- http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2015/11/tempat-makan-best-di-sungai-ara-penang.html
- http://sukasamko.blogspot.com/2015/11/rockstarz-burger-sungai-ara-penang.html
- http://miamorzafirah.blogspot.com/2015/11/tempat-makan-best-jjcm-rockstarz-burger.html
- http://aliafarhansaid.blogspot.hk/2015/11/burger-sempoi-di-rockstarz-burger-penang.html
Tunggu...tak habes lagi ni.
Ada lagi beberapa link blog akan menyusul.
Nantikan....hihihihi...
Wordless Wednesday | Kempunan ABC
Baru-baru ni makan ABC Gunung Jerai kat Pantai Merdeka.
Satu ABC kongsi 4 orang.
Tak puas sangat.
Semalam lunch teringin nak makan ABC lagi.Pi area Permatang Damar Laut sekali kedai tu tutup da....FRUST
Terus nak makan apa pon tak lalu.
Kolaborasi dengan ZALORA untuk kali ke-2
Setelah dok meneliti menelek apa yang nak di tebus akhirnya ini yang saya pilih.
Kebetulan nak ada company dinner so saya pilih kasut.Nak pakai heel tumit halus takut tak mampu nak berjalan....hihihi....
Zalora Peep Toe Sling Back Espadrilles
Harga RM49 selepas diskaun.
Klik gambar kat bawah ni untuk ke website Zalora.
Pastu dok rambang mata nak pilih baju.Size kita kan susah nak jumpa so yang ni la yang kita pilih.
Aqeela Muslimah Wear Lace Color Black Top
Harga RM44.80 selepas diskaun.
Klik gambar kat bawah untuk ke website Zalora.
Pastu yang satu lagi habuan dak kecik sorang tu....hihihi...
Alhamdulillah...rezeki berblog.
Harap-harap ada lagi kolaborasi yang akan datang.
Terima kasih ZALORA Malaysia.
Rockstarz Burger | Teaser
Rockstarz Burger.Nampak tak kesedapannya.
Perrrggghhhh...meleleh-leleh cheese Rockstar Burger ni.
Nantikan review kami #bloggerutaraofficial di Rockstarz Burger Sungai Ara Penang.
Wordless Wednesday | Di mana saja ada Aqil
Harap maklum ye suamiku.Lepas je ada anak semua benda nak boh gambar Aqil.Kat mana saja ada dia.
Screen henpon ada Aqil.
Keypad henpon pon ada Aqil
Wasap pon gambar Aqil.
Eh...semua benda la kat gadget ni ada Aqil.
Naseb PC company kena guna wallpaper company ja.Kalau tak situ pon ada Aqil....hihihi....
Happy Diwali
Kuih raya sempena Diwali dari jiran sebelah rumah.Pagi-pagi dah hantar kuih raya...hihihi...
Happy Diwali untuk semua yang menyambutnya.
Bila Aqil pandai minta nasi
Sesejak dah pandai cakap ni Aqil dah pandai minta nasi.
Selama ni mama dia payah nak masuk dapur hari Isnin sampai Jumaat.
Makan ja apa yang abah beli masa balik keja.Kalau abah beli laksa dan kuih talam itu la yang kami akan makan.
Bila Aqil dah besar sikit dah pandai minta benda nak makan walau dah makan kuih atau laksa petang tu.
'Mama...nak acik'
Iskhhhh...kesian plak kat anak bila dok ulang ayat tu dua tiga kali.
Mau takmau mama dia gagah gak la ke dapur masak nasi dan lauk senang-senang habuan kami nak makan berdua.
Abah dah pi keja untuk malam plak so apa yang ada dalam peti sejuk itu yang saya masak.
Pastu dia dok ulang masuk dapur cakap 'nak acik...nak acik...' selagi mama dia tak siap masak...hahaha...jenuh...
Jadi la kan?
Naseb la dapat anak yang makan ja semua yang mama masak.Kalau dapat yang memilih mau jenuh.
Redeem Drypers untuk Aqil
Fuh...redeem Drypers untuk Aqil baru kali yang ketiga.Jenuh merangkak-rangkak nak kumpul point Drypers sebab jarang guna lampin pakai buang kat umah.Just keluar or pakai kat umah mak mengasuh ja.Waktu lain kalau saya rajin memang Aqil akan pakai cloth diaper.
Kali ni redeem Drypers saiz XXL almaklum la peha anak macam ayam turki so size ni rasa agak selesa sikit untuk dia...hihihi...
Kot ada yang tak tau lagi tentang mata yang boleh dikumpul melalui pembelian lampin pakai buang Drypers ni boleh baca kat SINI.
Selamat mendaftar ^.^
FAM TRIP, FUN RIDE with PENANG HOP On HOP Off
Baru-baru ni bila Penang Hop On Hop Off(HOHO) jemput #bloggerutara untuk merasai pengalaman menaiki HOHO bas saya dan kawan-kawan teruja sangat.Saya terus setuju walaupon tahu aktiviti ni mengambil masa setengah hari.Yela kita dah lama mengidam nak naik HOHO KL masa mengandung Aqil dulu tapi tak kesampaian.Dapat naik HOHO Penang pon dah kira ok la.Nak pi dengan suami dan anak cuti plak tak pernah nak sama.Sorang keja sorang cuti.
Memang berharap hari tersebut jangan la ada benda yang mustahak jadi.Jadi pada 25 Oktober 2015 hari Ahad yang lepas berduyun-duyun la geng #bloggerutara seramai 11 orang pergi ke Gurney Drive(Stop 01) dengan perasaan teruja dan gembira untuk menaiki HOHO Penang.
Bagi sesiapa yang tak tahu nak buat apa di hujung minggu atau yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti jom rasai pengalaman menaiki Penang Hop On Hop Off Bus ni.
Apa itu Hop On Hop Off bas?
Hop On Hop Off bas ni adalah The Original Doube Decker Tour Bus.Kalau korang perasan kat Kuala Lumpur dan Penang ada bas 2 tingkat yang ada ruang terbuka dok lalu-lalang atas jalan raya...ha...itulah bas Hop On Hop Off.Kalau di Kuala Lumpur bas HOHO ni sudah beroperasi selama 10 tahun tapi di Penang baru menginjak usia setahun.
Terdapat 2 jenis bas HOHO ni.Satu dek yang terbuka dibahagian hadapan dan yang kedua terbuka di bahagian belakang.Hari tu masa #bloggerutara naik dek yang terbuka di bahagian hadapan.
Laluan Penang Hop On Hop Off Bus
Terdapat 2 laluan HOHO bas di Penang.Satu melalui pantai atau BEACH ROUTE dan satu lagi melalui bandar atau CITY ROUTE.Dengan laluan HOHO bas yang berbeza ia telah meliputi kira-kira 50 tempat utama tarikan pelancong di Pulau Pinang dari Georgetown hinggalah ke Teluk Bahang.
Hari tu kami bermula dengan BEACH ROUTE.Dengan cuaca yang baik, kami beramai-ramai tak melepaskan peluang berada di dek bas untuk menghirup udara segar tepi pantai yang nyaman.Masa ni terasa macam pelancong plak...hihihi....siap melambai-lambai penduduk tempatan di sepanjang laluan.
Antara tempat-tempat menarik yang dilalui sepanjang BEACH ROUTE adalah STRAIT QUAY, SHAMROCK BEACH, MIAMI BEACH, TROPICAL SPICE, ESCAPE, NATIONAL PARK dan TAMAN RIMBA.
Selepas pusing satu round untuk BEACH ROUTE kita akan turun di Stop 01 di Gurney Drive untuk menunggu bas CITY ROUTE yang akan melalui bandar Georgetown.
Untuk CITY ROUTE anda akan melalui tempat menarik di sepanjang laluan antaranya BOTANICAL GARDEN, KEBUN BUNGA, PENANG HILL, KEK LOK SI, KOMTAR, LITTLE INDIA dan juga FORT CORNWALLIS.
Kalau tak naik HOHO bas ni takdelah nak ada perasaan bergambar dengan bangunan kebanggaan orang Pulau Pinang ni....hihihi...nama ja orang Penang tapi tak penah ada lagi gambar dengan Komtar.Nah...inilah pengalaman orang Penang...hihihi...
Turun di tempat-tempat yang menarik
Jangan risau.Kalau anda berminat untuk turun di sepanjang laluan untuk bergambar di tempat yang menarik seperti di atas tadi, HOHO bas ada 2 perhentian bas yang berbeza.Satu Standard Stop dan satu lagi Stop On Demand.
Anda cuma perlu tekan loceng dan HOHO bas akan berhenti di mana-mana stesen atau tempat menarik yang anda ingini.Contohnya anda ingin turun dan berjalan-jalan sekitar Komtar.Cuma tekan loceng dan bas akan berhenti dihentian 07.Jika anda ingin naik kembali, anda cuma perlu pull the hole(seperti dalam bulatan biru di bawah) sehingga tanda berubah menjadi Pick Me Up dan tunggu bas yang berikutnya datang.Jangan risau jarak masa bas yang berikutnya hanya kira-kira 20 ke 30 minit bergantung kepada keadaan traffik.
Bagaimana nak beli tiket?
Tiket boleh di beli
-di Hop On Hop Off doube-decker bus(walk in)
-kaunter bergerak Gurney Drive(Stop 01)
-kaunter bergerak Chowrasta(Stop 09)
-Online tiket di www.myhoponhopoff.com
-Agen tiket yang sah
Tour package termasuk CITY ROUTE dan BEACH ROUTE yang bermula dari 9 pagi hingga jam 8 malam.
Harga tiket untuk dewasa RM19(untuk 24 jam) dan RM32(untuk 48 jam).Jadi anda tak perlu risau jika tak berkesempatan nak habiskan tour dalam sehari.
Bagi pelajar/kanak-kanak/OKU harga tiket cuma RM12 dan kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
Promosi Penang Hop On Hop Off
Bermula 1 September 2015 hingga 30 November 2015 HOHO Penang ada buat promosi tiket serendah RM5 bagi pemegang MYKAD.
Anda cuma perlu mengisi maklumat diri di dalam borang dan tunggu pengesahan tiket di email.Print email dan bawa ketika hendak menaiki HOHO bas.
Tiket hanya di bayar sewaktu menaiki bas.Mudahkan?
Jadi apa tunggu lagi.Pakat-pakat booking tiket RM5.Jom sama-sama rasai pengalaman menaiki HOHO bas sambil menikmati pemandangan tempat yang menarik.
Jutaan terima kasih kepada HOHO Penang dan Cik Munirah yang sudi menjemput #bloggerutara merasai pengalaman yang mengujakan ini sambil mempromosikan HOHO Penang dan Pulau Pinang.
Info sadis :- promotion RM5 di Penang tu dah di tutup.Pihak HOHO telah sampaikan perkhabaran sedih ni.
Tapi untuk HOHO KL promotion masih berjalan hingga 23 Nov 2015 ni.
So apa tunggu lagi.Cepat-cepat rasai pengalaman menaiki HOHO bas ni.