Cuti CNY | Makan-makan kat Juru

1:01 PM

Assalamualaikum
 
Cerita time cuti CNY yang tak abes lagi.Minggu ni bizi tahap dewa dewi.
Kena setelkan keja.Next week nak release product baru dah.
Jenuh ke sana ke sini buat keja.
 
CNY lepas kan berkampung kat umah tok Besah kat TAT.Aqil bukan main seronok bila saya buka pintu rumah.
Yela...bukan taknak buka pintu.Rumah kampung tepi jalan masuk ke dewan sukan dan taman.Banyak keta lalu lalang.Pastu pusat tahfiz kat sebelah umah tok Besah tetiap hari wat majlis ilmu.Dan tentu-tentu keta motor berderu-deru masuk ke situ.
Kang anak bujang ni lari naik atas jalan naya ja.
 
Pssst...kita tak pi pon mejlis ilmu tu.Dengar dari dalam umah ja.
 
Ni bila buka pintu camni la.Main keta korek dia dari dalam rumah sampai ke luar rumah.
@__________@
 
 
Suami balik keja petang tu cakap bosan la dok umah ja tak ke mana-mana.Suami diam je.
Petang sebelum Maghrib tetiba sedara mai dari Kedah nak jemput kenduri bulan Mac ni.
So sembang punya sembang saya tengok suami rilek ja.Takmo pi keja ka dah dekat pukul 8 malam dah ni.
Lepas ja sedara balik dalam jam 8.30 camtu tetiba suami ajak kuar.
Eh...eh...tak pi keja plak dia tapi dalam hati suka bukan main....hahahaha....
Ajak mak dan anak sedara yang belajar tahfiz kat Baling tu ikut sekali.
So suami tala ke Warung Jamu Selera Kuala Juru tapi sebelum tu singgah sat kat umah ayah angkat suami berbangsa Cina.
Raya maaa....mau kutip duit raya....hahahaha....

saya dan tok besah
Ala...menu-menu ni sebenarnya boleh masak sendiri kalau mau tapi biasa la....bila dah terperap hari-hari kat umah sekali-sekala nak la makan yang orang masak.

bawal masak sos

set nasi ketam

 
Order gak mee udang dan set untuk udang.
Bila dah ada anak ni makan nasi sesuap mulut anak sesuap mulut mak tapi kalau lambat sikit mula la dia nak berdiri.Jenuh pegang.
 
Tingggggg....muncul idea...
 
Boh nasi sikit dalam pinggan kecik, tambah kuah bagi ada rasa pastu perisi ikan, udang dan ketam.Gaul-gaul.
Bagi sudu kat Aqil dan dia makan sendiri sampai abes.
Sesambil dia makan nasi dalam pinggan dia tu saya suap juga la nasi dalam pinggan saya ke dia.
Baru la dia tak kalut dah.Aqil ralit sikit dok kesahkan nasi dalam pinggan dia.Kalau tak jenuh.Tak sempat nak kopek udang dia dan minta lagi dan lagi.
 
 
Tak sangka dia dah pandai makan nasi sendiri tapi dua belah tangan la
-________________-
 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    iols pun dedolu bila fayadh dah reti makan memang bagi makan sendiri
    taaaakkk sempat hoooiiiiiiii kalo harapkan yang kita suap sajork kan3
    anak lelaki la katakan kan3 he3

    ReplyDelete
  2. mmg pun..lau suami x p keje mcm happy je kan haha

    ReplyDelete
  3. alahai comel.dah besar dah tuu kan leh makan sendiri..tak lama lagi leh dpt adik hihihi

    ReplyDelete
  4. wahhhhh tepuk tangan untuk Aqil

    uwais kami x berani try dekat kedai takut pinggan tu melayang nanti wuuuu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^