Assalamualaikum
Wahhhhh....dah 10 hari masuk 2014 baru nak hapdet blog.Bizi sangat la sekarang ni lepas company shutdown 5 hari hujung tahun ritu.Dengan kematian sedara awal tahun baru ni terus takdan nak update.
Hari ni 10 Jan 2014 Aqil dah 3 bulan.Weeee...cepat ja masa berlalu.
Masih lagi dok teringat-ingat kisah dengar orang dok meneran kat labor room.
Hari Isnin ni baru nak cucuk Aqil 3 bulan so taktau la berat Aqil dah berapa.Harap-harap tak obesiti la...fuhfuhfuh...
Perkembangan Aqil sekarang ni Aqil dah pandai nak pusingkan badan nak menerap tapi still tak boleh-boleh.Bila dia dok cuba banyak kali tapi tak boleh mula la dia menangis.Saya pon cuba menerapkan dia...amboi bukan main seronok sengih.Kepala tu tegak ja dongak dok pandang keliling.Saya kata kat Aqil ''Takleh nak kaleh ni sebab berat rambut ni....rambut banyak sangat.''
Kalau letak dalam baby seat car sekarang kena pasangkan seat belt dah.Dulu kecik-kecik tak banyak bergerak.Dah umur 3 bulan ni dah pandai lonjak-lonjakkan badan dah.Sikit lagi je nak jatuh dari baby seat haritu.
Susu pon rasanya kurang dari selalu.Aqil sonok nak main pusing-pusing golek-golek atas toto.Dah letih dia menangis.Letak dalam buai terus lena.Satu lagi tabiat Aqil sekarang dia suka bangun pukul 4.30 pagi camtu.Takmo tido tapi nak main.Jenuh la mak dia ni nak melayan sambil mata pejam.Kiranya minggu ni memang tak cukup tido.Demi anak...mak relakan je.
Tu je kot perkembangan Aqil wat masa ni yang saya perasan.Harap-harap Aqil cepat-cepat meniarap dengan jayanya....hihihi...Moga jadi anak yang cerdik dan soleh ye Aqil =)