Terubuk ikan masin idaman kalbu

3:38 PM

Assalamualaikum
 
Terubuk ikan masin dari Sarawak ni adalah salah satu makanan yang saya ngidam.
Dok teringat-ingat tapi apakan daya jauh nau nak dapatkannya.
So pendam la dalam ati.Taktau plak kat belah Penang ni nak cari kat mana.
 
Pastu masa bulan posa haritu ada sorang kawan keje sama-sama ni nak balik bercuti raya kat Sarawak 3 minggu so dia tanya-tanya la kat mak-mak labu yang dok ada dua tiga orang nak pesan apa-apa tak.
Emmmm....apalagi terus order nak terubuk ikan masin Sarawak.
Weeee....Isnin lepas dah dapat tapi dok berkira-kira bila la nak makan.
Balik pon dah lewat dan selalunya suami dah beli makan malam kat isteri dia ni.
Hari ni moi sup....esok nasi daging...lusa kepci...so bila masa nak masak.Lagi pon kalau masak saya sorang ja makan sebab suami dah pi keja jam 7 malam.
 
Rabu lepas masa balik tu hujan kemain lebat.Suami plak tak mesej apa cakap dah beli makan ke apa.
Bila balik umah memang takda benda nak makan T_______T sobbbbbb....sadisssssss.
Terus buka peti sejuk tengok benda apa yang boleh di masak.
Hahaha...dapur yang jarang-jarang berasap ni memang susah nak ada benda mentah sesangat.
Selalunya kalau nak masak baru pi beli sebab kalau beli banyak-banyak last-last tak masak pon.Buang ja nanti.Yelah...ikan ayam dah seminggu nanti rasa dia tawar...tak sedap.Selalu kalau nak masak singgah kedai anney kat depan beli.
 
Dalam takda benda nak masak jadi jugak menu makan malam saya...hahahaha...
Nasi panas-panas...sayur bayam dan terubuk ikan masin goreng dengan cili padi dan bawang besar pastu perah limau kasturi atas ikan....perrrrghhhh...2 pinggan gak saya makan dalam dok diet diabetis...hikhikhik...
 
 
Lega bila dapat makan.Alhamdulillah....
Abes dah ngidam-ngidam saya ni.
 
 
#EMMMM...BENDA APALAGI YEK NAK MAKAN....HIHIHIHI ^^,
 

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^