Hari minggu punya cerita

9:45 AM

Assalamualaikum

Uhuk...uhukkk...

Hari ni dan esok kena keja lagi.Sensorang plak tu.Kak Ros dan anak-anak buah dah pon bercuti....wuuuu.... T______T
Rabu 7 Ogos maybe saya direct cuti sampai la 18 Ogos nanti.
Ni gara-gara lepas ja raya ada check-up kat klinik kesihatan dan juga spital.So dah alang-alang ambik cuti time tu so direct terus je la kan.Sekarang ni berkorban diri kejap 2 hari ni.

Dekat-dekat nak cuti ni banyak plak keja yang dok mai.Bila la nak abes keja ni taktau.Rasa macam takdak rest.
Sabtu lepas gagah mai OT lagi.Nak compile data yang berlambak-lambak.Balik tu singgah pasar Ramadan dekat Seberang Jaya.Itu adalah pestime saya pi bazar sejak puasa ni.Pestime pon pusing 2 kali sebab taktau nak makan apa.Pangai saya camtu la tiap kali pi pasar malam or bazar.Memang taktau nak makan apa.Last-last beli ikan keli masak lada dan sayur pucuk paku.Tu je.

Malam lepas berbuka semua bagai tido awai.Pastu suami col suruh siap-siap ajak pi Uptown Perda.
Meronda la malam tu sampai lenguh kaki dan sakit pinggang.Dapat lagi sepasang baju dan tudung.Hehehe...dah 3 helai baju raya tahun ni.Selalunya sehelai ja pon.Pas ronda uptown suami ajak lepak kedai mamak dengan kawan-kawan dia sampai la ke Subuh.Balik tu lepas sembahyang dua-dua pengsan sampai pukul 10.30 pagi.

Bangun mesej mak tanya nak sopim kat mana.Oh...sejak saya bekerja memang saya yang bawak mak sopim barang-barang nak pakai time raya.Bila dah kawen ni tugas tu saya tak lupa.Nanti mak nak pi dengan sapa kan?Anak-anak mak 5 lelaki dan sorang pompuan so saya la orangnya yang nak bawa mak sana sini.Mak dah sopim cikit-cikit dengan adik tapi tau-tau jela....adik laki...mana mau sopim barang dapur lama-lama dengan mak.Mak masuk sopim adik tunggu luar.

Dan semalam penuh bonet keta dengan barang-barang mak ja.Amboi...sakan.Orang dapat bonus raya gak 31 Julai lepas la katakan.Dan sebab saya bawa mak sopim-sopim ni mak belikan saya sehelai baju mengandung....hehehehe....pestime ada baju mengandung neh...kah...kah...kah...malu nak pakai.Pastu mak belikan barang baby gak....hik.
Untung la saya...untung sangat-sangat.Kalau macam ni tiap bulan pon mau teman mak sopim...hikhikhik...

Balik-balik tu terkelepek tido sebab letih jalan sana-sini.Apapon saya tak buat kat umah mak....baguskan....heeeeeeeee

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^