Demam

10:35 AM

Masuk ni dah dekat 3 minggu demam tak kebah-kebah.
Pi klinik sana sini tapi still camtu.
Jumaat lepas ingatkan dah ok dah so pi keja macam biasa.
Sampai tengahari tup tup suhu badan naik mendadak...pening....tak mampu nak jalan dah.
Balik bangunan lama makan ubat dan tido sampai petang.
Cukup time bangun nek shuttle balik umah sambung tido balik.
Pukul 1.30 pagi suami kejutkan bangun makan sebab satu hari tak makan tapi nasi kandar suami beli tak membangkitkan selera.
Makan 3 suap terus tolak tepi.Makan ubat sambung tido balik sampai pagi.

Pagi Sabtu bangun dengan berat ati siap-siap pi kelas.
Kawan belikan sarapan pon just makan dua tiga suap ja pastu buang camtu ja.
Dalam kelas lentok atas tool box....dah tak mampu nak pikir.
Kalau tak pi kelas kebarangkalian tak lulus projek akhir ni agak tinggi so pi la jugak.
Lunch tak makan apa-apa.Balik petang makan pizza order dari Haseena.
Pastu sambung tido balik sampai suami col 24 kali tak terangkat.
Dengar suara masa suami kejutkan tu macam nak marah tapi bila suami pegang badan still panas terus tak jadi marah.
Terus suruh bangun mandi basuhkan kepala sebab panas terlampau-lampau.

Ahad...bajet nak pi OT setelkan keja yang delay tak tertunai.
Kepala pening.Tak mampu nak drive.Takut-takut main sodok ja belakang keta orang lain.
Kalau sodok ja takpa....jangan sampai terbang jatuh jambatan sudah.Nauzubillah....
So dok umah golek-golek lagi pastu bangun kemas apa yang patut.
Tak mampu nak berdiri lama-lama so kejap-kejap duduk.
Penatnya demam camni....huuuuuuuuuuu.....






You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^