Kita hanya merancang

7:49 AM

Tak lama ja lagi dah nak raya haji.Tak sangka plak tahun ni raya yang akan di sambut bergelar seorang isteri.
Memang tak sangka lansung.
Plannya dengan orang lain tapi lambat lagi tup tup terkawen plak dengan orang lain.
Itu la kuasa Allah.
Kita hanya merancang....Tuhan yang menentukan segalanya.

Dia dah susun segalanya dengan sebaiknya.
Tahun lepas ke Mekah menunaikan haji.
Berdoa moga hubungan 'kami' bertukar status sah hujung tahun ini tapi kuasa Allah melebihi segalanya.


Berdoa jugak agar dimurahkan rezeki untuk menjalani hidup mendatang si samping ibunda tercinta.
Sebelum nak menunaikan haji memang cheq dapat offer di promote tapi kena sambung belajar dulu.
Masa tu berbelah bagi samada nak pi Mekah ke nak belajar.
Mungkin bukan rezeki cheq nak ambik offer tu so cheq pergi dengan hati yang ikhlas dan redha ke Tanah Suci Mekah.
Tak sangka plak bila balik dari Mekah kawan-kawan cakap kelas postpond.
Nama cheq pon masih tersenarai.
Memang tu rezeki cheq la kan?Amin....syukur Alhamdulillah.


Memohon doa agar Allah memudahkan segala urusan yang baik-baik di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah....semua urusan memang mudah.
Kalau yang susah tu cikit-cikit sebagai peringatan agar kita tidak lupa pada Allah.

Dari urusan menunaikan haji....Allah permudahkan kami anak-beranak dapat menjalani ibadah haji tanpa halangan(period).Kalau tidak mak takdak tempat bergantung harap sebab takut nak ke masjid dan naik lif sorang-sorang.

Urusan belajar....Alhamdulillah site engineer banyak membantu masa nak buat esaimen dan soklan yang bermacam jenis baru nak belajar.Walaupon depa Cina....depa tak kedekut ilmu tau.

Urusan nikah kawen...walaupon bukan dengan si dia tapi urusan nikah kawen kami suami isteri amat mudah.Dalam 3 bulan segalanya selesai.

Banyak lagi la kalau nak di cerita.


Sapa cakap Allah tu tak adil?

Teringat sorang kawan masa kami chat dalam FB cakap Allah tu tak adil....Nauzubillah...
Macam-macam dia berdoa tapi Allah tak penah tunaikan permintaannya.
Puas cheq suruh mengucap ingat Allah tapi dia tetap memperlekehkan Allah sebab keadaan hidupnya yang kucar-kacir buat dia tak percaya pada Allah.

Takkan satu pon doa Allah tak tunaikan?
Tipu la cuma kadang-kadang benda yang terjadi tu bersangkut-paut dengan doa kita cuma kita ja tak perasan.
Setiap kejadian ada hikmahnya cuma kita ja tak dapat nak bezakan baik buruk bila dalam keadaan tertekan...marah...sakit ati.
Betul tak?

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. oooh mcm nie ke cite di sebaliknya zai zamree..hehehe...

    alhmdlah semua nya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Allah tue bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. sebab tue kdang apa yang mintak tak diperkenankanNya . Alhamdulilah semuanya dipermudahkan kan

    ReplyDelete
  3. k.shida....oppps...hehehe...
    begitulah al-kisahnya :)

    ReplyDelete
  4. kiera...ya btl...Allah bg apa yg kita perlu...kdg2 kita tlampau bharap Allah tunaikan pmintaan kita sebijik2...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^