Dari Hujjaj ke Kota Kuala Muda

10:12 AM

15 Januari 2012 Ahad mendapat jemputan dari Tabung Haji Pulau Pinang untuk menghadiri Program Himpunan Persaudaraan (HUJJAJ) musim haji 1432 hijrah untuk jemaah haji seluruh Pulau Pinang.

Program bermula dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengahari di Masjid Negeri Pulau Pinang.
 Occchhhh...muka berkerut sebab snap tengah panas lit-lit...

Objektif program ini untuk mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat di samping dapat mengekalkan roh haji/falsafah haji dan menyediakan majlis ilmu untuk jemaah haji.

Masa ni ramai la yang dapat bertemu dengan rakan-rakan di Mekah dan Madinah haji lepas.
Kami pon jumpa jugak tapi tak ramai sebab pakej tak seramai orang muasassah.
Walaupon majlis tak lama mana tapi ada 2 kali makan tu.Syukur Alhamdulillah.
Paginya sarapan bihun goreng.Tengaharinya makan nasi kenduri plak.

Lepas majlis cheq dan mak tala direct pi Kota Kuala Muda.
Kami pi melawat mak lang.
Dah balik kampung ni petang-petang pekena cucuq panas-panas sedap neh.

So abang sepupu pi beli pulut udang...gedung cak dan dangai.
Takat pulut udang a.k.a pulut panggang tu ampa mesti kenai kan?

Ni la rupa gedung cak atau bengkang atap.
Ala-ala otak-otak pon ada tapi gedung cak ni berasaskan tepung dan nyioq.
~pic kredit to enchik google... www.memori-kedah.com ~

 Sangat sedap.Dah lama tak makan.Dulu-dulu mak cheq dok buat meniaga kuih ni la cari duit tambah untuk anak-anak sekolah.

Dan satu lagi kuih dangai.
 Hat ni cheq tak brapa berkenan sebab cheq tak brapa suka makan nyioq parut.
Semua kuih-kuih tradisi ni masuk nyioq tapi hat ni nyioq dia banyak sangat so kureng la sikit makan.
Bila sekali-sekala makan kuih-kuih ni rasa sedap la pulak.
Nak-nak pekena dengan teh O' atau kopi panas-panas....emmmm....dapnya...

Petangnya masa nak balik ingat nak beli kuih gedung cak bawa balik tapi nasib tak menyebelahi kami...gerai dah tutup la.Laku sungguh.Awai pakcik tu tutup.Abang sepupu habaq tadi pakcik tu baru ja bukak dok panggang kuih gedung cak tu.Syok la klau berniaga camni...laku...


~home sweet home...berlatar belakangkan sawah yang dah lama tak di usahakan~

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^